Meet 20your 20community 20header

Temui komuniti anda: Pengurus Bahasa dan Juara Bahasa kita

Pengurus Bahasa menguruskan aktiviti harian dalamLiving Dictionary manakala Juara Bahasa pula sebagai penasihat luar kami.

Kami bertanya apa pendapat mereka tentang inisiatif Oxford Global Languages dan apa peranan yang mereka lihat Living Dictionary mainkan dalam kontek bahasa terkini.

Ini adalah apa yang mereka katakan:


Kewujudan OGL adalah sangat dinanti-nantikan. OGL dapat mempromosi Bahasa Melayu (BM). Kewujudan BM sebenarnya tidak pernah diendahkan oleh bangsa-bangsa lain. Ini dalah kerana BM tidak mempunyai nilai ekonomi setinggi Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun atu Bahasa German. BM digunapakai secara meluas hanya di Gugusan Kelulauan Melayu yang merangkumi Malaysia, Singapura, dan Indonesia. Nasib BM mungkin akan berubah dengan wujudnya OGL kerana OGL mempermudahkan sesiapa sahajayang berminat untuk mempelajari BM. OGL menyediakan pestas maya supaya BM boleh dipelajari di mana-mana sahajadan pada bila-bila masa.

Peranan yang boleh dimainkan oleh LD merangkumi skop yang sangat luas. Peranan pertama LD adalah menjadi lapangan kepada pakar-pakar bahasa berkongsi dan bertukar-tukar pengetahuan mengenai penggunaan bahasa masing-masing. Isu-isu penggunaan bahasa boleh diketengahkan kerana isu tersebut adalah satu isu yang komplek dan sensitif kalau tidak ditangani dengan betul. LD boleh juga digunakan untuk berkongsi pengetahuan baru berkaitan bahasa.

Dr Ahmad Azman bin Mokhtar, Pengurus Bahasa


Intiatif Oxford Global Languages amat bermakna dalam memperkenal pelbagai bentuk penggunaan bahasa Melayu dalam konteks sebenar. Tambahan penggunaan bahasa Melayu secara reslitinya hari ini ditentukan oleh latar belakang pendidikan penutur itu, pengaruh persekitaran, media baharu, situasi dan konteks.

Melalui intiatif Oxford Global Languages, seseorang yang ingin mempelajari dan menguasai bahasa Melayu, mereka akan mudah memahami penggunaan dan makna sesuatu kata, frasa dan ayat itu mengikut konteks budaya penutur itu secara semula jadi. Penggunaan bahasa tampak lebih santai, mempunyai nilai sosial dan bermakna dalam menyampaikan sesuatu mesej bahasa, budaya dan pemikiran penuturnya.

Dr Zaitul Azma Zainon Hamzah, Juara Bahasa


Matlamat serta usaha murni “Oxford Global Languages” adalah satu mekanisma yang dapat memperkasa dan mendaulatkan Bahasa Melayu. Pengiktirafan yang diberikan kepada Bahasa Melayu jelas membuktikan kewibawaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Usaha ini dapat dijadikan satu platfom yang efektif bagi menyebarluaskan Bahasa Melayu di persada antarabangsa.

“Living Dictionary” adalah suatu usaha yang harus diberi pujian kerana ianya mempunyai pelbagai faedah dalam memartabatkan Bahasa Melayu. Faedah yang paling berharga ialah ianya dapat melonjakkan taraf Bahasa Melayu yang bersifat terkebukaan dan sentiasa berkembang. Pengembangan Bahasa Melayu lebih ketara di Alaf 21 ini disebabkan ledakan maklumat terutamanya di dunia maya. Kini, pelbagai istilah baru yang asing seringkali diperkenalkan dan diterbitkan. “Living Dictionary” yang sentiasa proaktif dalam meningkatkan bank data Bahasa Melayunya berupaya mendedahkan masyarakat kepada pelbagai istilah yang lazim dan terkini. Hanya dengan melayari sesawang “Living Dictionary”, seseorang individu mampu mengemaskinikan diri dengan pelbagai istilah. Sudah pasti ini akan membantu meningkatkan pengetahuan, pemahaman dan penguasaan Bahasa Melayu seseorang individu. Selain dari itu, “Living Dictionary” yang sarat dengan pelbagai bentuk maklumat mengenai Bahasa Melayu seperti perbendaharaan kata, ejaan dan tatabahasa dapat mempermudahkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. “Living Dictionary” ini dapat meningkatkan mutu dan keupayaan pelajar menguasai pelbagai kemahiran literasi bahasa. Manakala bagi golongan pendidik, “Living Dictionary” dapat membantu mereka dalam membuat rujukan, penyelidikan serta mencari bahan pengajaran bagi meningkatkan literasi bahasa secara sistematik dan terancang.

Dr. Rafizah Mohd Rawian, Juara Bahasa


The opinions and other information contained in OxfordWords blog posts and comments do not necessarily reflect the opinions or positions of Oxford University Press.

Powered by Oxford