POLISI PRIVASI DAN NOTIS UNDANG-UNDANG

Polisi Privasi

Polisi privasi ini adalah khusus untuk Laman Web ini di oxforddictionaries.com ("Laman Web") dan subdomainnya dan ia adalah polisi privasi yang mentadbir penggunaan anda bagi Laman Web ini dan subdomainnya.

Oxford University Press ("OUP", "kami" atau "kita") adalah komited untuk melindungi privasi anda dalam talian. Polisi privasi ini menjelaskan cara kami akan mentadbir dasar privasi ini. Kami akan mengkaji semula polisi dasar privasi ini berdasarkan komen yang diterima, oleh itu, sila semak versi terkini. Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan berkenaan dengan polisi dasar privasi ini, sila hubungi kami.

Dengan menggunakan Laman Web ini, anda menerima amalan yang diperihalkan dalam pernyataan ini.


Apakah jenis maklumat yang kami kumpul dan bagaimana kami menggunakannya?

Apabila anda melayari Laman Web ini, OUP akan mengumpul maklumat dan statistik yang mengandungi maklumat pengenalpastian anda. Maklumat yang dikumpul mungkin mengandungi maklumat berkaitan dengan tingkahlaku dan navigasi anda di Laman Web. Maklumat ini membolehkan kami menjalankan penyelidikan dalaman terhadap minat, demografi dan tingkahlaku pengguna supaya kami dapat memahami dengan lebih mendalam, dan seterusnya, dapat menyedia maklumat, produk dan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda dan pelanggan lain.

Jika anda mendaftar sebagai seorang pengguna bagi Laman Web ini atau meminta maklumat lanjut berkenaan Laman Web ini, kami akan meminta nama, alamat e-mel, alamat pos anda dan maklumat peribadi lain yang berkaitan dengan anda. Maklumat peribadi yang diserahkan dengan cara ini disimpan didalam pangkalan data kawal capaian, dihoskan oleh syarikat pengehosan pihak ketiga, dan ke pangkalan data pelanggan kami di premis OUP dan/atau sekutu kami. Maklumat ini akan dikemaskini jika anda memberitahu kami berkenaan apa-apa perubahan.

Jika anda seorang pengguna berdaftar, maklumat peribadi anda akan digunakan untuk membolehkan kami menentusahkan bahawa anda adalah seorang pengguna berdaftar dan untuk menghantar apa-apa kandungan dan kefungsian sulit di Laman Web kepada anda.

Jika anda mendaftar untuk menerima buletin, kami akan meminta alamat e-mel serta nama anda dan maklumat ini akan disimpan didalam pangkalan data pelanggan kami.

Jika anda memuatnaik kandungan ke Laman Web, kami mungkin memaparkan profil anda (iaitu, nama dan negara anda) di Laman Web.

Kami mungkin menggunakan maklumat yang terdapat dalam pangkalan data pelanggan untuk menghantar maklumat berkenaan kami, sekutu kami, produk serta perkhidmatan kami, dan produk serta perkhidmatan sekutu kami yang kami fikir mungkin anda minati secara elektronik atau sebaliknya.

Kami meminta maklumat peribadi (seperti nama, alamat e-mel dan butiran hubungan lain) daripada anda apabila anda menghubungi kami untuk mengemukakan pertanyaan berkenaan pengurusan akaun pengguna berdaftar, masalah teknikal, untuk mengulas di Laman Web, atau apabila anda meminta untuk mendapatkan maklumat berkenaan cara untuk mengguna produk dan/atau perkhidmatan yang disediakan di Laman Web. Maklumat peribadi yang anda beri melalui halaman "hubungi kami" tidak akan dimasukkan ke pangkalan data pelanggan kami dan kami meminta maklumat tersebut hanya supaya kami boleh memberi maklumbalas berkenaan pertanyaan anda. Statistik mengenai jenis pertanyaan yang dihantar kepada kami melalui halaman "hubungi kami" akan dikumpulsemak oleh kami dalam bentuk agregat supaya kami dapat memantau Laman Web secara berkesan dan mempertingkatkan tahap perkhidmatan.

Jika sebelum ini anda pernah meminta bagi mendapatkan maklumat atau pernah mendaftar di Laman Web (dan kemudiannya menutup akaun pengguna anda) dan tidak menginginkan kami menyimpan maklumat berkenaan anda, sila hubungi kami dan kami akan mengalih keluar butiran anda dari pangkalan data pelanggan kami. Kami perlu menyimpan maklumat berkenaan pengguna berdaftar semasa untuk memberikan anda capaian pada kandungan dan kefungsian sulit di Laman Web.

Anda boleh memberitahu kami bahawa anda tidak bersetuju untuk dihubungi atau dihubungi dengan cara tertentu yang dinyatakan. Jika anda menggunakan lebih daripada satu alamat e-mel untuk berkomunikasi dengan kami, sila beritahu kami tentang setiap akaun e-mel yang anda guna.


Bilakah kami berkongsi maklumat?

Kami tidak menjual maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga.

Kami berkongsi maklumat anda dalam lingkungan OUP. Kami juga berkongsi maklumat anda dengan sekutu, pemberi lesen dan pembekal kami, yang membantu kami dalam menjadikan Laman Web tersedia untuk anda (cth. pembekal pengehosan kami).

Sebilangan laman web pihak ketiga mempunyai pautan di Laman Web kami. Jika anda melawat mana-mana laman web tersebut, mereka mungkin mengumpul maklumat anda. Laman web sedemikian bukan dalam lingkungan kawalan kami dan tidak dilindungi oleh polisi privasi ini. Laman web ini mungkin mempunyai polisi privasi mereka sendiri dan kami tidak menerima apa-apa bertanggungjawab atau menanggung liabiliti terhadap polisi dasar tersebut. Sila semak polisi tersebut sebelum anda menyerahkan apa-apa data peribadi kepada laman web pihak ketiga itu.

Jika kami percaya bahawa penggunaan Laman Web oleh anda menyalahi undang-undang atau memberi mudarat kepada orang lain, kami berhak untuk mendedahkan maklumat yang kami perolehi melalui Laman Web berkenaan anda kepada pihak ketiga setakat untuk memenuhi keperluan yang munasabah pada pendapat kami untuk mencegah, memulih atau mengambil tindakan berkaitan dengan kelakuan yang sedemikian.

Kami mungkin juga mendedahkan atau berkongsi maklumat peribadi anda untuk mematuhi mana-mana kewajipan undang-undang;,  untuk menguatkuasakan atau melaksanakan mana-mana perjanjian atau lesen dengan anda; atau untuk melindungi hak, harta benda, atau keselamatan OUP, pekerja, sekutu, pemberi lesen kami, dan/atau pelanggan kami. Ini termasuk pertukaran maklumat dengan syarikat dan organisasi lain bagi tujuan perlindungan dari penipuan dan pengurangan risiko kredit.

Jika mana-mana bahagian perniagaan kami (termasuk bahagian sekutu kami) dijual atau digabungkan dengan perniagaan lain, butiran anda mungkin didedahkan kepada penasihat kami dan mana-mana bakal pembeli dan penasihat mereka.


Penggunaan kuki

OUP menggunakan "kuki" dan teknologi lain di Laman Web. Terma dan syarat yang mentadbir penggunaan “kuki” oleh OUP  dan teknologi lain sepertinya di Laman Web dijelaskan dalam Dasar Kuki OUP.  Dasar Kuki OUP adalah dalam bahasa Inggeris. Sila hubungi kami jika anda ingin menerimanya dalam bahasa lain.

Dengan mengguna Laman Web, anda bersetuju untuk terikat menurut terma Dasar Kuki kami.


Keselamatan

Sesetengah maklumat anda disimpan di sebuah pusat data yang diuruskan oleh syarikat pengehosan pihak ketiga. Pusat data yang diurus oleh syarikat pengehosan pihak ketiga direka khusus supaya selamat dari segi fizikal dan ditadbirurus oleh kakitangan yang diberi kuasa sahaja  dan terikat secara kontrak untuk memastikan data kekal sulit.

Capaian ke pangkalan data pelanggan kami hanya diberi atas "dasar perlu tahu".

Maklumat yang kami kumpul daripada anda mungkin dipindahkan, dan disimpan, di suatu destinasi di luar Kawasan Ekonomi Eropah. Ia mungkin juga diproses oleh kakitangan yang beroperasi di luar Kawasan Ekonomi Eropah yang bekerja dengan kami, sekutu kami atau salah satu daripada pembekal kami. Walau bagaimanapun, kami telah mengambil langkah-langkah seperti yang dijelaskan di atas untuk mencuba meningkatkan keselamatan maklumat anda. Dengan mengguna Laman Web ini, anda bersetuju dengan pemindahan ini.


Mengemaskini Butiran Anda

Jika terdapat perubahan pada mana-mana maklumat yang anda berikan  kepada OUP, sebagai contoh, jika anda menukar alamat e-mel, sila beritahu kami butiran yang betul dengan menghubungi kami.


Perubahan ke atas Polisi Privasi kami

Kami berhak untuk membuat perubahan ke atas polisi privasi ini. Mana-mana perubahan yang mungkin kami lakukan ke atas polisi privasi ini akan disiarkan di halaman ini dan, di mana wajar, kami akan memberitahu anda melalui e-mel.


Bahasa

Dasar privasi ini didrafkan dalam bahasa Inggeris. Jika dasar privasi ini diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa lain, versi bahasa Inggeris haruslah dikekalkan.


Pelaksanaan Undang-undang

Anda bersetuju bahawa polisi privasi ini secara eksklusif ditadbir menurut undang-undang dan mahkamah di England dan Wales.


Notis Undang-undang

Notis undang-undang ini adalah khusus bagi laman web ini di oxforddictionaries.com ("Laman Web") dan subdomainnya dan mentadbir penggunaan anda ke atas Laman Web ini dan subdomainnya. Dengan menggunakan Laman Web ini, anda bersetuju terhadap amalan yang dijelaskan dalam pernyataan ini.

Anda boleh melayari bahagian Laman Web yang tertentu tanpa mendaftar atau memberi Oxford University Press ("OUP", "kami" atau "kita") butiran anda.

Memandangkan maklumat di Laman Web mungkin tidak lengkap, lapuk atau tidak tepat dan mungkin mengandungi ketidaktepatan teknikal atau kesilapan tipografi, OUP berhak untuk mengemaskini Laman Web atas budi bicara kami sepenuhnya. Dengan itu, maklumat sedemikian mungkin berubah atau dikemaskini tanpa notis.

Kami berhak untuk membuat perubahan ke atas notis undang-undang ini. Mana-mana perubahan yang mungkin dibuat ke atas notis undang-undang ini akan disiarkan di halaman ini dan, di mana wajar, kami akan juga memberitahu anda melalui e-mel. Peruntukan tertentu notis undang-undang ini mungkin digantikan dengan notis undang-undang yang dikhususkan dengan jelas atau terma yang terkandung di halaman tertentu Laman Web.


Nama Pengguna dan Kata Laluan

Apabila anda mendaftar di Laman Web yang telah menyediakan nama pengguna dan kata laluan, anda bersetuju untuk tidak mendedahkan nama pengguna dan/atau kata laluan anda kepada sesiapa. Jika ada pendedahan ke atas nama pengguna dan/atau kata laluan anda, anda bersetuju untuk memberitahu kami dengan segera akan pendedahan tersebut supaya OUP dapat mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya dan memberi anda nama pengguna dan kata laluan baharu.


Penggunaan kandungan Laman Web

Anda dibenarkan untuk:

  1. Mencari, melihat, mendapatkan semula, dan memaparkan sebahagian daripada kandungan Laman Web;
  2. menyimpan sebahagian daripada kandungan Laman Web secara elektronik;
  3. dan/atau mencetak salinan tunggal sebahagian daripada kandungan Laman Web

Dalam setiap kes, tertakluk kepada mana-mana larangan khusus yang boleh dilihat pada halaman Laman Web yang tertentu. Anda tidak boleh mengalih keluar atau mengubah notis hakcipta atau cara pengenalpastian lain atau penolak tuntutan seperti yang dilihat di Laman Web; dan/atau secara sistematik mencetak atau membuat salinan elektronik bagi pengeluaran berbilang ke atas kandungan terlarang bagi apa-apa tujuan kecuali seperti yang dibenarkan menurut undang-undang atau seperti yang dibenarkan oleh OUP.

Jika anda mendaftar untuk menerima buletin atau melanggan web kami, anda hanya boleh menggunakan bahan yang dihantar kepada anda bagi penggunaan bukan komersial. Anda tidak boleh:

  1. mengalihkan keluar atau mengubah notis hak cipta atau cara pengenalpastian lain atau penolak tuntutan seperti yang terkandung dilihat dalam bahan material yang dihantar kepada anda;
  2. secara sistematik membuat cetakan atau salinan elektronik bagi pengeluaran berbilang ke atas bahan material tersebut bagi apa-apa tujuan kecuali seperti yang dibenarkan menurut undang-undang atau seperti yang dibenarkan oleh OUP.
  3. memapar atau mengagihkan mana-mana bahagian material tersebut pada mana-mana rangkaian elektronik, termasuk tanpa pengehadan Internet dan World Wide Web;
  4. membenarkan sesiapa untuk melayari mencapai atau mengguna bahan material tersebut; dan/atau
  5. mengguna kesemua atau mana-mana bahagian daripada bahan  material tersebut bagi apa-apa kegunaan komersial.


Hak Harta Intelek

Kami dan/atau pemberi lesen kami adalah pemilik bagi kesemua hak harta intelek dalam Laman Web, dan Laman Web dan bahan di Laman Web adalah dilindungi oleh undang-undang harta intelek di seluruh dunia termasuk undang-undang hak cipta dan tanda dagangan. Tertakluk kepada terma bagi notis undang-undang ini dan mana-mana perjanjian lesen lain antara anda dan OUP, kesemua hak sedemikian adalah terpelihara dan tiada bahan yang sebaliknya boleh disalin, diubahsuai, diterbitkan, disiarkan atau sebaliknya diagihkan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis dari kami terlebih dahulu. Oxford University Press, OUP, Oxford dan/atau mana-mana nama produk dan perkhidmatan lain yang disediakan oleh Oxford University Press dan dirujukkan kepada Laman Web adalah sama ada tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar di bawah Oxford University Press.

Walau apa pun yang disebut di atas dan di mana yang berkenaan, hakcipta dalam setiap ilustrasi yang terdapat pada Laman Web adalah dimiliki oleh pemegang hak yang dinamakan dalam tetingkap "Butiran Gambar" bagi ilustrasi tersebut. Hakcipta cipta adalah terpelihara. Tiada ilustrasi daripada Laman Web yang boleh disalin, diubahsuai, diterbit, disiar atau sebaliknya diagih.


Pautan

Pautan ke laman web lain disediakan oleh OUP dengan niat yang baik dan untuk tujuan maklumat sahaja. OUP menolak apa-apa tanggungjawab ke atas bahan yang terkandung dalam mana-mana laman web yang berpaut kepada Laman Web.

Di samping itu, pautan kepada laman web bukan OUP tidak bermaksud bahawa OUP mengesahkan atau menerima apa-apa tanggungjawab ke atas kandungan, atau penggunaan, laman web sedemikian atau produk dan/atau perkhidmatan yang ditawarkan di laman web sedemikian. Terpulang kepada anda untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan bahawa apa sahaja yang dipilih bagi kegunaan anda adalah bebas dari item yang sedemikian seperti virus, cecacing, trojan dan item lain yang bersifat pemusnah.


Capaian Perkhidmatan

Sementara kami berusaha untuk memastikan bahawa Laman Web lazimnya tersedia 24 jam sehari, kami tidak bertanggungjawab jika atas apa-apa sebab Laman Web tidak tersedia pada bila-bila masa atau bagi apa-apa tempoh.

Capaian ke Laman Web mungkin digantung buat sementara waktu dan tanpa notis sekiranya berlaku kegagalan sistem, penyelenggaraan atau pembaikan atau atas apa-apa sebab di luar kawalan kami.


Kandungan dijana pengguna

Terdapat bahagian tertentu Laman Web kami yang mungkin membenarkan pengguna untuk memuatnaik kandungan mereka sendiri. Kandungan yang dimuatnaik oleh pengguna tidak semestinya menggambarkan pandangan OUP. Dengan memuatnaik kandungan di Laman Web kami, anda bersetuju untuk mematuhi Garis Panduan kami. Anda memberi jaminan bahawa mana-mana kandungan sedemikian mematuhi Garis Panduan tersebut dan bahawa anda memiliki kesemua hak yang perlu dalam dan terhadap bahan sedemikian dan bahawa bahan sedemikian tidak melanggar apa-apa hak peribadi atau proprietari mana-mana pihak ketiga, bahawa bahan sedemikian tidak berbahaya secara teknikal (termasuk, tanpa kekangan pengehadan, virus komputer, bom logik, kuda Trojan, cecacing, komponen berbahaya, data tercemar atau perisian berbahaya atau data berbahaya lain).

OUP berhak, atas budi bicara mutlaknya, untuk menyemak, menyunting atau memadam mana-mana kandungan yang disiarkan oleh pengguna yang dianggap oleh OUP sebagai tidak mematuhi Garis Panduan (pautan) dan/atau adalah fitnah, menyalahi undang-undang, mengancam, lucah atau sebaliknya tidak menyenangkan. Walau apa pun yang disebut di atas, OUP menolak dengan jelas apa-apa tanggungjawab atau liabiliti ke atas mana-mana kandungan yang dimuatnaik oleh anda atau mana-mana pengguna Laman Web. Kami juga berhak untuk mendedahkan identiti anda kepada pihak penguatkuasa undang-undang atau kepada mana-mana pihak ketiga yang mendakwa bahawa kandungan yang disiar atau dimuatnaik oleh anda ke Laman Web kami adalah satu pelanggaran hak harta intelek mereka, atau ke atas hak mereka terhadap privasi.


Hak OUP untuk mengguna kandungan dijana pengguna

Mana-mana kandungan yang dimuatnaik ke Laman Web kami akan dianggap bukan sulit. Sebagai balasan di atas kebenaran yang diberi oleh OUP kepada anda untuk menggunakan Laman Web ini menurut Notis Undang-undang (lihat kandungan Penggunaan Laman Web di atas), anda memberi OUP lesen kekal, seluruh dunia, tidak boleh batal, tanpa royalti, boleh dipindah milik dan eksklusif untuk mengguna, menyunting, menganalisis, menerbit, mempamerkan, berkomunikasi kepada orang ramai dan mengeksploitasikan kandungan sedemikian (atau mana-mana bahagian daripadanya) dalam kesemua bahasa dalam apa-apa sahaja bentuk atau medium sama ada wujud atau tidak wujud ketika ini (dan untuk memberi sub-lesen atas kesemua hak sedemikian). Anda mengetepikan apa-apa hak moral dalam apa-apa kandungan yang anda muatnaik ke Laman Web kami (termasuk tetapi tidak terhad kepada hak untuk dikenalpasti sebagai pengarang). Kami mungkin memberi kredit kepada anda tetapi anda bersetuju bahawa kami tidak diwajibkan untuk berbuat demikian.


Pemurnian Penyederhanaan

Kami berhak untuk memantau kesemua pos ke Laman Web untuk memastikan tidak terdapat apa-apa yang melanggar notis undang-undang ini dan/atau Garis Panduan; hasilnya, sesetengah pos mungkin dihantar untuk pemurnian sebelum diterbitkan dan ini mungkin menyebabkan kelewatan pos dapat dilihat di Laman Web.


Penggantungan dan Penamatan

Kami akan menentukan, atas budi bicara kami, sama ada terdapat pelanggaran ke atas notis undang-undang atau Garis Panduan ini [pautan] melalui penggunaan anda ke atas Laman Web ini. Apabila sesuatu pelanggaran terhadap notis undang-undang ini atau Garis Panduan telah berlaku, kami mungkin mengambil tindakan sedemikian kerana kami menganggap wajar termasuk tetapi tidak terhad kepada menyekat tanpa amaran atau perbincangan dengan mana-mana pengguna yang tidak mematuhi notis undang-undang atau Garis Panduan ini, dan mengalih keluar kesemua pos dan sumbangan terdahulu.

Kegagalan untuk mematuhi notis undang-undang ini dan/atau Garis Panduan boleh mengakibatkan penarikan balik secara sementara atau kekal terhadap capaian anda kepada dan/atau hak penggunaan Laman Web.


Sifat Global Laman Web

Anda mengakui sifat global Laman Web dan dengan itu, bersetuju untuk mematuhi kesemua undang-undang tempatan yang berkuatkuasa dalam bidang kuasa anda semasa mengguna Laman Web.

Maklumat yang kami terbitkan di Laman Web mungkin mengandungi rujukan atau rujuk silang pada perkhidmatan dan/atau produk yang kami tawarkan yang tidak diumumkan atau terdapat di negara anda. Rujukan sedemikian tidak menandakan bahawa kami bertujuan untuk mengumumkan perkhidmatan dan/atau produk sedemikian di negara anda.


Bahasa

Notis undang-undang ini didrafkan dalam Bahasa Inggeris. Jika notis undang-undang ini diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa lain, versi Bahasa Inggeris itu haruslah dikekalkan.


Pelaksanaan Undang-undang

Anda bersetuju bahawa notis undang-undang ini harus ditadbir secara eksklusif menurut undang-undang dan mahkamah di England dan Wales. Walau apa pun yang disebut di atas, tiada perkara dalam notis undang-undang ini menghalang OUP daripada memohon untuk mengambil tindakan dari mana-mana mahkamah untuk membawa sesuatu tindakan atas pelanggaran terhadap hak harta inteleknya.


Catatan tentang status proprietari

Oxforddictionaries.com dan subdomainnya mungkin merangkum perkataan-perkataan yang ada atau ditegaskan sebagai mempunyai status proprietari sebagai tanda dagangan atau sebaliknya. Rangkuman ini tidak menandakan bahawa perkataan-perkataan itu telah mendapat kepentingan bukan proprietari atau kepentingan umum untuk tujuan undang-undang mahupun apa-apa penghakiman lain mengenai status undang-undang mereka. Dalam perkara di mana kakitangan editorial mempunyai  bukti bahawa sesuatu patah perkataan mempunyai status proprietari hal ini dinyatakan dalam entri bagi perkataan tersebut tetapi tiada penghakiman mengenai status undang-undang bagi perkataan sedemikian dibuat atau dengan itu dinyatakan.

See more from Explore