Notis peguaman

Notis undang-undang ini adalah khusus bagi laman web ini di oxforddictionaries.com ("Laman Web") dan subdomainnya dan mentadbir penggunaan anda ke atas Laman Web ini dan subdomainnya. Dengan menggunakan Laman Web ini, anda bersetuju terhadap amalan yang dijelaskan dalam pernyataan ini.

Anda boleh melayari bahagian Laman Web yang tertentu tanpa mendaftar atau memberi Oxford University Press ("OUP", "kami" atau "kita") butiran anda.

Memandangkan maklumat di Laman Web mungkin tidak lengkap, lapuk atau tidak tepat dan mungkin mengandungi ketidaktepatan teknikal atau kesilapan tipografi, OUP berhak untuk mengemaskini Laman Web atas budi bicara kami sepenuhnya. Dengan itu, maklumat sedemikian mungkin berubah atau dikemaskini tanpa notis.

Kami berhak untuk membuat perubahan ke atas notis undang-undang ini. Mana-mana perubahan yang mungkin dibuat ke atas notis undang-undang ini akan disiarkan di halaman ini dan, di mana wajar, kami akan juga memberitahu anda melalui e-mel. Peruntukan tertentu notis undang-undang ini mungkin digantikan dengan notis undang-undang yang dikhususkan dengan jelas atau terma yang terkandung di halaman tertentu Laman Web.


Nama Pengguna dan Kata Laluan

Apabila anda mendaftar di Laman Web yang telah menyediakan nama pengguna dan kata laluan, anda bersetuju untuk tidak mendedahkan nama pengguna dan/atau kata laluan anda kepada sesiapa. Jika ada pendedahan ke atas nama pengguna dan/atau kata laluan anda, anda bersetuju untuk memberitahu kami dengan segera akan pendedahan tersebut supaya OUP dapat mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya dan memberi anda nama pengguna dan kata laluan baharu.


Penggunaan kandungan Laman Web

Anda dibenarkan untuk:

  1. Mencari, melihat, mendapatkan semula, dan memaparkan sebahagian daripada kandungan Laman Web;
  2. menyimpan sebahagian daripada kandungan Laman Web secara elektronik;
  3. dan/atau mencetak salinan tunggal sebahagian daripada kandungan Laman Web.

Dalam setiap kes, tertakluk kepada mana-mana larangan khusus yang boleh dilihat pada halaman Laman Web yang tertentu. Anda tidak boleh mengalih keluar atau mengubah notis hakcipta atau cara pengenalpastian lain atau penolak tuntutan seperti yang dilihat di Laman Web; dan/atau secara sistematik mencetak atau membuat salinan elektronik bagi pengeluaran berbilang ke atas kandungan terlarang bagi apa-apa tujuan kecuali seperti yang dibenarkan menurut undang-undang atau seperti yang dibenarkan oleh OUP.

Jika anda mendaftar untuk menerima buletin atau melanggan web kami, anda hanya boleh menggunakan bahan yang dihantar kepada anda bagi penggunaan bukan komersial. Anda tidak boleh:

  1. mengalihkan keluar atau mengubah notis hak cipta atau cara pengenalpastian lain atau penolak tuntutan seperti yang terkandung dilihat dalam bahan material yang dihantar kepada anda;
  2. secara sistematik membuat cetakan atau salinan elektronik bagi pengeluaran berbilang ke atas bahan material tersebut bagi apa-apa tujuan kecuali seperti yang dibenarkan menurut undang-undang atau seperti yang dibenarkan oleh OUP;
  3. memapar atau mengagihkan mana-mana bahagian material tersebut pada mana-mana rangkaian elektronik, termasuk tanpa pengehadan Internet dan World Wide Web;
  4. membenarkan sesiapa untuk melayari mencapai atau mengguna bahan material tersebut; dan/atau;
  5. mengguna kesemua atau mana-mana bahagian daripada bahan  material tersebut bagi apa-apa kegunaan komersial.


Hak Harta Intelek

Kami dan/atau pemberi lesen kami adalah pemilik bagi kesemua hak harta intelek dalam Laman Web, dan Laman Web dan bahan di Laman Web adalah dilindungi oleh undang-undang harta intelek di seluruh dunia termasuk undang-undang hak cipta dan tanda dagangan. Tertakluk kepada terma bagi notis undang-undang ini dan mana-mana perjanjian lesen lain antara anda dan OUP, kesemua hak sedemikian adalah terpelihara dan tiada bahan yang sebaliknya boleh disalin, diubahsuai, diterbitkan, disiarkan atau sebaliknya diagihkan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis dari kami terlebih dahulu. Oxford University Press, OUP, Oxford dan/atau mana-mana nama produk dan perkhidmatan lain yang disediakan oleh Oxford University Press dan dirujukkan kepada Laman Web adalah sama ada tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar di bawah Oxford University Press.

Walau apa pun yang disebut di atas dan di mana yang berkenaan, hakcipta dalam setiap ilustrasi yang terdapat pada Laman Web adalah dimiliki oleh pemegang hak yang dinamakan dalam tetingkap "Butiran Gambar" bagi ilustrasi tersebut. Hakcipta cipta adalah terpelihara. Tiada ilustrasi daripada Laman Web yang boleh disalin, diubahsuai, diterbit, disiar atau sebaliknya diagih.


Pautan

Pautan ke laman web lain disediakan oleh OUP dengan niat yang baik dan untuk tujuan maklumat sahaja. OUP menolak apa-apa tanggungjawab ke atas bahan yang terkandung dalam mana-mana laman web yang berpaut kepada Laman Web.

Di samping itu, pautan kepada laman web bukan OUP tidak bermaksud bahawa OUP mengesahkan atau menerima apa-apa tanggungjawab ke atas kandungan, atau penggunaan, laman web sedemikian atau produk dan/atau perkhidmatan yang ditawarkan di laman web sedemikian. Terpulang kepada anda untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan bahawa apa sahaja yang dipilih bagi kegunaan anda adalah bebas dari item yang sedemikian seperti virus, cecacing, trojan dan item lain yang bersifat pemusnah.


Capaian Perkhidmatan

Sementara kami berusaha untuk memastikan bahawa Laman Web lazimnya tersedia 24 jam sehari, kami tidak bertanggungjawab jika atas apa-apa sebab Laman Web tidak tersedia pada bila-bila masa atau bagi apa-apa tempoh.

Capaian ke Laman Web mungkin digantung buat sementara waktu dan tanpa notis sekiranya berlaku kegagalan sistem, penyelenggaraan atau pembaikan atau atas apa-apa sebab di luar kawalan kami.


Aduan pelanggaran hak cipta

Oup menghargai dan menitik berat aspek kawalan aset intelek . Jika anda berpendapat sebarang isi kandungan dalam laman web ini telah melanggar hak cipta dan ingin membuat laporan, sila hantar laporan bertulis malalui pos atau email maklumat berikut:

  1. Salinan tandatangan fizikal atau elektronik pemilik hak cipta atau pegawai yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik hak cipta;
  2. Salinan bahan yang telah diceroboh hak cipta. Jika ia melibatkan beberapa bahan dalam satu laman web, sila senaraikan bahan tersebut;
  3. pengenalpastian bahan yang disyaki ditiru( atau menjadi subjek dalam activiti peniruan ) yang mencukupi untuk membolehkan uop mrngenalpasti bahan tersebut;
  4. Alamat , nombor telefon dan alamat email untuk berhubung dengan anda;
  5. Pernyataan amanah bahawa anda yakin penggunaan bahan yang terlibat dalam aduan adalah tanpa kebenaran sah dari pemilik hak cipta , agennya dan undang undang;
  6. pernyataan mengesahkan ketepatan maklumat dengan sokongan surat sumpah bahawa anda diberi kebenaran untuk bertindak bagi pihak pemilik hak cipta.


Sila hantar notis ini kepada agent dmca yang ditetapkan:
Email: dmca@oup.com
Pos: legal department
Oxford University Press
Great Clarendon Street
Oxford
OX2 6DP
United Kingdom


Kandungan dijana pengguna

Terdapat bahagian tertentu Laman Web kami yang mungkin membenarkan pengguna untuk memuatnaik kandungan mereka sendiri. Kandungan yang dimuatnaik oleh pengguna tidak semestinya menggambarkan pandangan OUP. Dengan memuatnaik kandungan di Laman Web kami, anda bersetuju untuk mematuhi Garis Panduan kami. Anda memberi jaminan bahawa mana-mana kandungan sedemikian mematuhi Garis Panduan tersebut dan bahawa anda memiliki kesemua hak yang perlu dalam dan terhadap bahan sedemikian dan bahawa bahan sedemikian tidak melanggar apa-apa hak peribadi atau proprietari mana-mana pihak ketiga, bahawa bahan sedemikian tidak berbahaya secara teknikal (termasuk, tanpa kekangan pengehadan, virus komputer, bom logik, kuda Trojan, cecacing, komponen berbahaya, data tercemar atau perisian berbahaya atau data berbahaya lain).

OUP berhak, atas budi bicara mutlaknya, untuk menyemak, menyunting atau memadam mana-mana kandungan yang disiarkan oleh pengguna yang dianggap oleh OUP sebagai tidak mematuhi Garis Panduan (pautan) dan/atau adalah fitnah, menyalahi undang-undang, mengancam, lucah atau sebaliknya tidak menyenangkan. Walau apa pun yang disebut di atas, OUP menolak dengan jelas apa-apa tanggungjawab atau liabiliti ke atas mana-mana kandungan yang dimuatnaik oleh anda atau mana-mana pengguna Laman Web. Kami juga berhak untuk mendedahkan identiti anda kepada pihak penguatkuasa undang-undang atau kepada mana-mana pihak ketiga yang mendakwa bahawa kandungan yang disiar atau dimuatnaik oleh anda ke Laman Web kami adalah satu pelanggaran hak harta intelek mereka, atau ke atas hak mereka terhadap privasi.


Hak OUP untuk mengguna kandungan dijana pengguna

Mana-mana kandungan yang dimuatnaik ke Laman Web kami akan dianggap bukan sulit. Sebagai balasan di atas kebenaran yang diberi oleh OUP kepada anda untuk menggunakan Laman Web ini menurut Notis Undang-undang (lihat kandungan Penggunaan Laman Web di atas), anda memberi OUP lesen kekal, seluruh dunia, tidak boleh batal, tanpa royalti, boleh dipindah milik dan eksklusif untuk mengguna, menyunting, menganalisis, menerbit, mempamerkan, berkomunikasi kepada orang ramai dan mengeksploitasikan kandungan sedemikian (atau mana-mana bahagian daripadanya) dalam kesemua bahasa dalam apa-apa sahaja bentuk atau medium sama ada wujud atau tidak wujud ketika ini (dan untuk memberi sub-lesen atas kesemua hak sedemikian). Anda mengetepikan apa-apa hak moral dalam apa-apa kandungan yang anda muatnaik ke Laman Web kami (termasuk tetapi tidak terhad kepada hak untuk dikenalpasti sebagai pengarang). Kami mungkin memberi kredit kepada anda tetapi anda bersetuju bahawa kami tidak diwajibkan untuk berbuat demikian.


Pemurnian Penyederhanaan

Kami berhak untuk memantau kesemua pos ke Laman Web untuk memastikan tidak terdapat apa-apa yang melanggar notis undang-undang ini dan/atau Garis Panduan; hasilnya, sesetengah pos mungkin dihantar untuk pemurnian sebelum diterbitkan dan ini mungkin menyebabkan kelewatan pos dapat dilihat di Laman Web.


Penggantungan dan Penamatan

Kami akan menentukan, atas budi bicara kami, sama ada terdapat pelanggaran ke atas notis undang-undang atau Garis Panduan ini [pautan] melalui penggunaan anda ke atas Laman Web ini. Apabila sesuatu pelanggaran terhadap notis undang-undang ini atau Garis Panduan telah berlaku, kami mungkin mengambil tindakan sedemikian kerana kami menganggap wajar termasuk tetapi tidak terhad kepada menyekat tanpa amaran atau perbincangan dengan mana-mana pengguna yang tidak mematuhi notis undang-undang atau Garis Panduan ini, dan mengalih keluar kesemua pos dan sumbangan terdahulu.

Kegagalan untuk mematuhi notis undang-undang ini dan/atau Garis Panduan boleh mengakibatkan penarikan balik secara sementara atau kekal terhadap capaian anda kepada dan/atau hak penggunaan Laman Web.


Sifat Global Laman Web

Anda mengakui sifat global Laman Web dan dengan itu, bersetuju untuk mematuhi kesemua undang-undang tempatan yang berkuatkuasa dalam bidang kuasa anda semasa mengguna Laman Web.

Maklumat yang kami terbitkan di Laman Web mungkin mengandungi rujukan atau rujuk silang pada perkhidmatan dan/atau produk yang kami tawarkan yang tidak diumumkan atau terdapat di negara anda. Rujukan sedemikian tidak menandakan bahawa kami bertujuan untuk mengumumkan perkhidmatan dan/atau produk sedemikian di negara anda.


Bahasa

Notis undang-undang ini didrafkan dalam Bahasa Inggeris. Jika notis undang-undang ini diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa lain, versi Bahasa Inggeris itu haruslah dikekalkan.


Pelaksanaan Undang-undang

Anda bersetuju bahawa notis undang-undang ini harus ditadbir secara eksklusif menurut undang-undang dan mahkamah di England dan Wales. Walau apa pun yang disebut di atas, tiada perkara dalam notis undang-undang ini menghalang OUP daripada memohon untuk mengambil tindakan dari mana-mana mahkamah untuk membawa sesuatu tindakan atas pelanggaran terhadap hak harta inteleknya.


Catatan tentang status proprietari

Oxforddictionaries.com dan subdomainnya mungkin merangkum perkataan-perkataan yang ada atau ditegaskan sebagai mempunyai status proprietari sebagai tanda dagangan atau sebaliknya. Rangkuman ini tidak menandakan bahawa perkataan-perkataan itu telah mendapat kepentingan bukan proprietari atau kepentingan umum untuk tujuan undang-undang mahupun apa-apa penghakiman lain mengenai status undang-undang mereka. Dalam perkara di mana kakitangan editorial mempunyai  bukti bahawa sesuatu patah perkataan mempunyai status proprietari hal ini dinyatakan dalam entri bagi perkataan tersebut tetapi tiada penghakiman mengenai status undang-undang bagi perkataan sedemikian dibuat atau dengan itu dinyatakan.


Pandangan dan maklumat yang dinytakan dalam blog Oxford Dictionaries tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Oxford University Press.