Kesilapan Tatabahasa Lazim yang Dilakukan oleh Penutur Bahasa Malaysia

Bahasa Malaysia, atau juga dikenali sebagai bahasa Melayu, merupakan bahasa yang berasal daripada kelompok bahasa Austronesia. Beberapa negara di Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura dan Brunei menjadikan bahasa Melayu bahasa pengantara rasmi. Selain daripada ciri mudah untuk difahami, bahasa Melayu memiliki hukum tatabahasa yang tidak begitu rumit untuk dipelajari. Mari ketahui 15 jenis kesalahan tatabahasa yang sering dilakukan oleh penutur bahasa Melayu!


Ejaan Perkataan Pinjaman daripada Bahasa Asing


Kesalahan ejaan ialah kesilapan tatabahasa yang paling lazim dalam kalangan penutur bahasa Malaysia. Sebagai bahasa perantara sejak ratusan tahun dahulu, bahasa Malaysia memiliki perkataan-perkataan pinjaman daripada bahasa asing seperti bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Sebagai contoh, ‘ehsan’ seharusnya dieja sebagai ‘ihsan’, manakala perkataan ‘insuran’ sepatutnya dieja sebagai ‘insurans’.


Kesilapan sebegini dapat dielakkan dengan merujuk kepada kamus rasmi bahasa Malaysia, iaitu Kamus Dewan edisi terkini.


Penggunaan Kata Ganti Diri


Dalam bahasa Malaysia, terdapat beberapa jenis kata ganti diri seperti kata ganti  diri pertama dan kedua. Kata ganti diri seperti ‘dia’, ‘beliau’, dan ‘ia’ sering digunakan dengan salah oleh penutur yang baru mempelajari bahasa Malaysia. 


‘Dia’ dan ‘beliau’ ialah kata ganti diri ketiga yang digunakan untuk merujuk kepada seseorang. Penggunaan ‘beliau’ dikhaskan kepada orang terhormat seperti majikan dan pihak berkuasa, seperti Perdana Menteri. Oleh itu, kata ganti nama ‘beliau’ tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada penjenayah; sebaliknya anda harus menggunakan kata ganti ‘dia’ yang bersifat umum.


Selain itu, ‘dia’ tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada binatang. Sebaliknya, kata ganti diri ‘ia’ harus digunakan untuk sesuatu objek dan haiwan. Sebagai contoh:


Kucing awak kelihatan kurang sihat. Saya rasa ia perlu dibawa ke klinik haiwan.


Penggunaan Kata Sendi Nama


Penggunaan kata sendi nama seperti ‘dari’, ‘daripada’, ‘di’, ‘pada’, ‘ke’, dan ‘kepada’ sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penutur bahasa Malaysia. Kesilapan ini dapat dielakkan dengan memahami hukum tatabahasa dalam penggunaan kata sendi yang menyambungkannya dengan frasa nama dalam ayat.


  • Kata sendi ‘di’ digunakan untuk tempat.
  • Kata sendi ‘dari’ digunakan untuk masa permulaan dan tempat asal sesuatu, manakala ‘daripada’ digunakan untuk perbandingan, asal usul kejadian, dan keahlian.
  • Kata sendi ‘pada’  menunjukkan masa, tempat, hidupan, dan objek tertentu.
  • Kata sendi ‘kepada’ digunakan untuk menyerlahkan perasaan dan sikap terhadap sesuatu.

Contoh penggunaan kata sendi yang salah : Dia baru sahaja pulang daripada negeri Pahang.

Contoh penggunaan kata sendi yang betul:  Dia baru sahaja pulang dari negeri Pahang.


Kesalahan Penggunaan Tanda Baca


Hukum tanda baca seperti titik noktah dan titik koma dalam bahasa Malaysia adalah sama dengan hukum dalam bahasa Inggeris. Selain daripada penggunaan dalam ayat, tanda baca ini juga digunakan dalam singkatan jawatan. Sebagai contoh, ‘Dr.’ merupakan singkatan yang betul untuk merujuk kepada doktor. 


Kesalahan penggunaan tanda sempang juga wujud dalam kategori ini. Paling lazim, penggunaan tanda sempang dalam perkataan ‘Yang di-Pertua’ dan ‘Yang di-Pertuan Besar’ ialah penggunaan yang betul, bukannya ‘Yang Dipertua’ atau ‘Yang Dipertuan’.


Kata Majmuk


Kata majmuk merujuk kepada cantuman perkataan dasar yang menghasilkan makna tertentu. Sebagai contoh, ‘kereta api’ merujuk kepada pengangkutan yang panjang yang memiliki landasan tersendiri yang dikuasakan oleh tenaga elektrik.


Penutur bahasa Malaysia sering tersilap dalam mengeja perkataan majmuk. Sebagai contoh, ada perkataan yang dieja rapat seperti ‘antarabangsa’ dan ‘setiausaha’ kerana perkataan-perkataan ini memiliki bentuk yang teguh. Manakala, ‘bandar raya’ dan ‘tengah hari’ dieja terpisah.


Kesalahan Struktur Ayat


Terdapat pelbagai jenis [struktur] ayat dalam bahasa Malaysia, contohnya, ayat penyata dan ayat perintah. Namun begitu, kesilapan yang sering dilakukan ialah ayat tergantung yang tidak memiliki subjek atau predikat yang jelas. Sebagai contoh, penggunaan kata sendi nama dan kata kerja pada permulaan ayat menyebabkan sesuatu ayat tidak dapat menerangkan mesej yang ingin disampaikan.


Contoh penggunaan ayat yang tergantung:


Di semua tempat mengalami kekurangan bekalan air.

(buang kata sendi ‘di’)


Mengenang kenangan silam menyebabkan saya berasa gembira.

(buang kata kerja ‘mengenang’)


Kata Kerja Transitif dan Tidak Transitif


Kata kerja transitif merujuk kepada kata kerja yang memerlukan objek, seperti ‘menerjah’ dan ‘memukul’. Sebaliknya, kata kerja tidak transitif pula tidak memerlukan objek tertentu, seperti ‘meruap’ dan ‘membesar’.


Namun begitu beberapa kata kerja transitif yang boleh bertukar kepada bentuk tidak transitif, seperti ‘makan’ dan ‘lari’. Hal ini dapat dilihat melalui contoh-contoh di bawah:


  • Bentuk tidak transitif: Ali sedang berlari.
  • Bentuk transitif: Ali sedang melarikan diri.


False Friend


False friend bukanlah bermaksud ‘rakan palsu’! Ia merujuk kepada ejaan perkataan bahasa Malaysia yang juga didapati dalam bahasa lain tetapi memiliki penggunaan yang berbeza. 


Penutur yang baru mempelajari bahasa Malaysia akan mendapati bahawa bahasa Malaysia memiliki banyak persamaan dengan bahasa Indonesia. Hal ini berlaku disebabkan kedudukan geografi yang begitu hampir dan hubungan yang terjalin sejak ribuan tahun lampau.


Terdapat beberapa ‘false friend’ dalam bahasa Malaysia yang memiliki erti berbeza dengan bahasa Indonesia.


  • Baja:Bahan untuk menyuburkan tanaman (Malaysia) 

Besi (Indonesia)


  • Gampang :Anak hasil hubungan luar nikah (Malaysia)

Mudah (Indonesia)


  • Pengacara:Pengendali sesuatu acara (Malaysia)

Peguam (Indonesia) – penguam cara (Malaysia)

See more from Tatabahasa