BERKENAAN OXFORD GLOBAL LANGUAGES



Apakah program Oxford Global Languages?


Oxford Global Languages (OGL) adalah satu inisiatif baharu dan besar yang akan membolehkan berjuta-juta orang di seluruh dunia untuk mencari jawapan dalam talian kepada pertanyaan  berkaitan bahasa harian mereka yang terdapat dalam 100 bahasa di dunia. Bagi julung-julung kalinya, maklumat leksikal bermutu dalam kuantiti yang besar bagi bahasa bahasa-bahasa tersebut akan dicipta, dikumpul dan disediakan secara sistematik, dalam repositori berpautan tunggal, kepada para penutur dan para pelajar.


Inisiatif OGL akan:

  • Membolehkan pembangunan alat digital baharu serta sumber untuk menggiatkan dan menyokong bahasa-bahasa dunia yang kurang diwakili.
  • Memberi bahasa-bahasa dunia yang kurang diwakili ini kehidupan, pertumbuhan, dan kehadiran yang bertenaga dalam landskap digital.
  • Mendokumenkan bahasa hidup termasuk kepelbagaian dan dialeknya, benar-benar merakam cara penggunaan bahasa tersebut pada hari ini.
  • Menyediakan komuniti interaktif yang membolehkan pengguna mencadangkan kandungan baharu, bertanya soalan, dan mengadakan perbincangan tentang bahasa - ini adalah kamus hidup bagi bahasa sebenar yang akan dibina melalui bantuan komuniti.


Bahasa manakah yang akan dimasukkan?

Inisiatif bercita-cita tinggi ini merangkumi bahasa global utama dan bahasa yang kurang diwakili secara digital - bahasa yang dituturkan secara aktif dan digunakan oleh komuniti yang besar tetapi mempunyai keupayaan digital dan ketercapaian yang sedikit. Bahasa yang kurang diwakili secara digital ini dan penuturnya semakin rugi dari segi sosial, perniagaan dan budaya kehidupan kerana sumber dalam dunia digital tertumpu kepada sebilangan kecil  daripada bahasa utama di dunia.  


Lihat laman pertama ini sendiri:

www.oxforddictionaries.com/ogl