Browsing 20internet 205 20copy

Everything you should know about the Kaamatan Festival in Sabah

Di ambang bulan Jun, tibanya juga akhir pesta Kaamatan di Sabah. Pesta ini disambut sekali setahun, dan diiringi sejarah yang panjang dan kaya dengan tradisi. Bacalah huraian kami tentang pesta Kaamatan di bawah.


Hakcipta gambar: Sabah Tourism [CC BY-SA 4.0], melalui Wikimedia Commons


Fakta ringkas

Siapa: Dirayakan oleh masyarakat Kadazandusun, yang berbahasa Kadazan dan Dusun. Masyarakat ini terdiri daripada banyak kumpulan etnik kecil, seperti Murut dan Orang Sungai.


Di mana: Sabah, Timur Malaysia.


Bila: Sepanjang bulan Mei setiap tahun. Dua hari terakhir bulan Mei, iaitu tanggal 30 dan 31, diisytiharkan percutian awam sempena pesta Kaamatan.


Kenapa

Nama 'Kaamatan' diambil daripada perkataan Kadazandusun yang membawa maksud 'tuaian'. Tujuan mengadakan pesta ini adalah untuk merayakan hasil tuaian musiman yang lebih banyak dan lumayan, dan juga sebagai penyambutan tradisi-tradisi dan ikatan masyarakat Kadazandusun yang erat. Mereka menggunakan masa ini sebagai peluang meluahkan kesyukuran dan hormat kepada semangat padi - sebab-sebab di sebalik amalan ini dijelaskan di bawah.


Bagaimana:

Cara perayaan yang biasa melibatkan sambutan dengan tarian tradisional, contohnya tarian-tarian sumazau dan magunatip. Beberapa sukan dan permainan juga diadakan untuk memeriahkan sambutan. Mereka juga mengadakan sebuah pageant agar Unduk Ngadau (atau Puteri Kaamatan) yang baru boleh dinobatkan. Minuman lihing (arak beras) juga dihidangkan sempena sambutan ini.


Hakcipta gambar: CEphoto, Uwe Aranas /, melalui Wikimedia Commons


Paderi Perempuan masyarakat Kadazan, juga dikenali sebagai Bobohizan, memegang peranan yang sangat penting dalam pesta ini. Beliau bertanggungjawab mengetuai perarakan melalui sawah padi, pada malam bulan mengambang. Ini sebuah pertunjukan kesyukuran kepada semangat padi bagi mengurniakan hasil tuaian yang banyak.


Ada sebuah lagenda di sebalik kepercayaan ini. Masyarakat Kadazandusun menceritakan tentang tuhan bernama Kinoingan, yang mengorbani anak perempuannya, Huminodun, agar dapat menamatkan keadaan kebuluran di negeri itu. Semangat Huminodun ditaburkan di sawah padi, dan menghidupkan semula padi yang sehingga itu tidak memberikan rezeki kepada orang Kadazandusun.



Walaupun pesta yang meriah dan berwarna-warni, perayaan Kaamatan ini hanyalah sebuah tinjauan ke dalam tradisi dan budaya Kadazandusun yang sangat beraneka dan bersejarah. 


Nak memulakan perbincangan tentang pesta Kaamatan? Kunjungi forum kami atau tuliskan komen di halaman Facebook kami.


Sumbangkan kata-kata Melayu loghat negeri Sabah kepada kamus kami.

The opinions and other information contained in OxfordWords blog posts and comments do not necessarily reflect the opinions or positions of Oxford University Press.

Powered by Oxford