Garis Panduan Ahli

Garis Panduan Ahli Oxford Living Dictionaries

Selamat datang ke Oxford Living Dictionaries, satu ruangan untuk anda menyumbang kepada penciptaan sumber bahasa digital bagi   Bahasa Melayu, berkongsi pandangan dan pendapat anda bersama-sama rakan-rakan pencinta bahasa, dan mendapatkan jawapan kepada pertanyaan anda.


Berkenaan Oxford Living Dictionaries

Kami memberi galakan kepada anda untuk menyumbang entri dan terjemahan baharu bagi untuk membina kamus hidup untuk bahasa anda. Anda boleh bertanya soalan berkaitan berkenaan dengan perkataan dan penterjemahan, dan menjawab pertanyaan yang dihantar. Anda juga boleh memberi pandangan tentang bahasa dan perkataan, dan meminta pendapat orang lain.

Pengurus Bahasa adalah pengurus komuniti dan titik hubungan anda. Kewujudan mereka adalah untuk menyokong pembangunan sumber bahasa dan memastikan bahawa semua sumbangan dan komen mematuhi garis panduan yang telah diperincikan.

Sila ambil perhatian bahawa Pengurus Bahasa mungkin tidak boleh menjawab pertanyaan berkenaan kandungan dan perkhidmatan yang disediakan  laman Oxford Dictionaries secara keseluruhannya. Jika anda mempunyai pertanyaan berkenaan produk atau langganan Oxford Dictionaries, atau pertanyaan berkenaan entri kamus kami, sila lawati halaman Bantuan (sila ambil perhatian: kandungan ini adalah dalam Bahasa Inggeris).

Dengan mengguna laman web ini di oxforddictionaries.com (“Laman Web”), anda bersetuju untuk mematuhi Garis Panduan ini termasuk juga Dasar Privasi dan Notis Peguaman yang menggariskan syarat-syarat perlindungan data umum, hak Oxford University Press untuk menggunakan mana-mana material yang dijana-pengguna dan penggunaan wajar ke atas laman ini. Jika anda menghendaki dokumen ini dalam bahasa yang lain, sila hubungi kami.


Tingkah laku

Kami mengalu-alukan sumbangan dari sesiapa sahaja. Tingkah laku berikut tidak akan diterima dalam apa-apa jenis pos, komen, atau sumbangan di Laman Web:

  • Apa-apa tingkah laku terhadap ahli lain atau pelawat ke Laman Web (dan subdomainnya) yang boleh dianggap agresif atau kasar.
  • Penggunaan bahasa yang tidak beradab atau menyinggung perasaan (kecuali dalam konteks perbincangan ilmiah berkenaan bahasa tersebut).
  • Apa-apa pos bersifat komersial, pengiklanan, promosi atau penjualan produk dan perkhidmatan (kecuali ia adalah saranan yang diminta secara khusus oleh seseorang ahli yang lain).
  • Mengolak ("untuk membuat pos dalam talian yang menyinggung perasaan atau provokatif secara sengaja yang bertujuan untuk mengganggu seseorang atau mendapat tindak balas marah daripada mereka").
  • Topik yang tidak berkaitan dengan bahasa dan perkataan.
  • Bahan-bahan yang menyalahi undang-undang, mengancam, mengganggu, menghina, menfitnah, tidak beradab, lucah, fitnah bertulis, mengelirukan, berunsur penipuan, mengandungi pemerihalan yang eksplisit atau grafik atau yang mengandungi penceritaan kelakuan seksual (termasuk tetapi tidak terhad kepada bahasa seksual yang bersifat ganas atau mengancam yang ditujukan kepada seseorang individu atau sesebuah kumpulan individu), melanggar privasi atau mengutuk seseorang yang lain.
  • Bahan-bahan yang membentuk atau menggalakkan kelakuan yang akan menjadi kesalahan jenayah atau menimbulkan liabiliti sivil.
  • Bahan-bahan yang mengandungi virus, perisian intip, atau komponen berbahaya lain, apa jua jenis pengiklanan, petunjuk yang palsu atau mengelirukan tentang sesuatu asal-usul atau kenyataan fakta.
  • Maklumat palsu atau mengelirukan secara sengaja.
  • Bahan-bahan yang dilindungi oleh hakcipta, hak proprietari  atau hak harta intelek yang lain, tanpa mendapat keizinan terlebih dahulu daripada pemilik hak proprietari, atau pemilik harta intelek tersebut.
  • Mana-mana maklumat sensitif, peribadi, proprietari atau sulit berkenaan diri anda atau orang lain dalam komen anda.


Penyederhanaan

Kami berhak untuk memantau kesemua pos ke Laman Web untuk mempastikan sekiranya terdapat apa-apa yang melanggar garis panduan ini; hasilnya, sesetengah pos mungkin dihantar untuk pemurnian sebelum diterbitkan dan, dengan itu, mungkin ada kelewatan pos yang dapat dilihat di Laman Web.

Kami berhak untuk menyekat tanpa memberi amaran atau berbincang dengan mana-mana pengguna yang tidak mematuhi garis panduan ini, dan mengalih keluar kesemua pos-pos dan sumbangan-sumbangan yang terdahulu.


Ketepatan dan kejujuran

Kami meminta anda untuk tidak menyalahgambarkan diri dalam profil anda. Adalah menjadi dasar Oxford Living Dictionaries supaya para ahli berkomunikasi di antara satu sama lain dengan menggunakan nama mereka yang sebenar, atas sebab-sebab kebertanggungjawapan dan ketelusan.

Kandungan yang diposkan oleh pengguna pada mulanya akan dipaparkan sebagai "sumbangan pengguna", dan kemudiannya akan disahkan oleh pengguna Oxford Living Dictionaries yang lain atau secara dalaman oleh OUP.